Thursday 5 April 2012

kun fayakun ツ

Assalamualaikum everyone :)

'Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya , "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.' [ 36 : 82 ]

takdir .
qada' dan qadar .
ketentuan .

everything happens for a reason , you might have heard this everywhere i bet .

tapi ,
pernah tak kita terfikir .
betul ke kita ni percaya bahawa setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya ?
betul ke kita redha dengan setiap apa berlaku ?
betul ke kita terima setiap ujian Allah tu dengan hati yang terbuka ?

or ,
do we still try to blame on takdir ?
marah sana marah sini .
merungut sana merungut sini .
seboleh-bolehnya cuba juga untuk mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan ?



 'life ain't permanent ,
its not even real. '


do you believe in the statement above ?
really believe ?

then kalau betul percaya , kenapa masih nak merungut ?
kenapa nak sedih macam dunia ni dah nak kiamat bila Allah tak bagi kita apa yang kita nak ?
padahal banyak lagi benda lain yang Allah bagi kat kita untuk buat kita tersenyum ,
yet still nak menangis ?
pernah tak terfikir , even senyuman tu pun satu hadiah yang tak ternilai dari Allah untuk kita .
kalau kita sedih , atleast bersyukurlah yang Allah masih bagi kita peluang untuk tersenyum . cuba bayangkan kalau kita tak boleh tersenyum langsung , masam je muka memanjang . kan lagi sedih ? :)




Allah sentiasa tetapkan yang terbaik untuk kita supaya kita sedar dan persiapkan diri kita . 
tanda Dia ingat pada kita , juga tanda Dia sayang dan kasih pada kita =)

bila exam manusia , kita sanggup buat almost everything untuk persiapkan diri kita .
sanggup stay up the whole night , tak tidur . semata mata nak make sure dah study semua subject .
sanggup makan roti je & kadang-kadang tu tak makan pun , sebab takut tak sempat nak study .
sanggup tak keluar jumpa kawan , sebab rasa masa tu macam dah tak cukup sangat .
senang cerita , sanggup segala-galanya lah .

tapi agak-agak , untuk exam Allah kita sanggup tak buat semua ni ?
tak nak tidur malam sebab nak habiskan masa tu dengan menghadap Allah ?
tak nak makan sebab terlalu sibuk dengan mengaji dan menghafal quran ?
tak nak keluar jumpa kawan sebab masa yang tinggal hanya cukup untuk berdakwah & beribadah kepadanya ?
sanggupkah kita ?
* soalan ini ditujukan khas untuk diri sendiri . tolonglah terasa wahai diri :'( *




kerana kehidupan kita yang sebenarnya bukan di sini .
maka kuatkanlah diri .
jangan pernah bersedih , jua jangan pernah berputus asa dari rahmat ilahi .

belajar , demi Dia .
berusaha , demi Dia .
hidup , demi Dia .
syahid , demi Dia .

mari berusaha untuk menjadi hamba yang lebih baik insyaAllah ! untuk dunia & akhirat , lillahi taa'la ! =)

No comments: