Monday 15 August 2011

sesungguhnya perubahan itu memerlukan pengorbanan.

susahnya nak berubah . bukan diri tidak mahu . itu fitrah , sudah tentu semua orang mahukan kebaikan sahaja dalam hidup mereka . tetapi bagaimana diri ini mahu berubah , jika semua orang di sekitar tidak mahukan itu berlaku . tidak menyokong perubahan itu . awak , kita berubah untuk menjadi yang lebih baik .

satu persoalan yang sangat saya musykilkan . kenapa bila sahabat kita berubah ke arah keburukan , kita biarkan sahaja . tiada pula mahu ditanya , 'eh awak , apesal awak buat macamtu ? salah tu ! dosa !' . pernahkah kita menegur mereka begitu ?

tetapi apabila sahabat kita dikurniakan hidayah dan diberi kesempatan untuk berubah , mulalah kita mengutuk sana sini .

situasi 1 :
A berkata kepada B tentang C yang berubah ;
' alahh , dia berubah kejap je tuh . lepas seminggu jadi cam dulu punya . kau jangan risau lah '

situasi 2 :
A bertanya kepada C ;
' weh apesal kau cam baik je ni ? kau nak exam ek next week ? '

situasi 3 :
B bertanya kepada C ;
' dudee , are you okay ? did something happened to you recently ? '

etc etc etc . banyak lagi perkara yang bermain di minda kita bila kita lihat sahabat kita yang dahulunya kurang baik , berubah menjadi seorang yang lebih baik . tidak bolehkah kita beri sokongan ? saya pun tak lah baik sangat . cuma saya memang ingin berubah . dan memerlukan sahabat yang boleh membantu .

deep inside ,
<3 semoga Allah mempermudahkan laluan ini .